Salam buat smua...
semoga dirahmati Allah dgn hendakNya...amin..
Sambungan dari Sedutan yang lepas :
1-Ikatan Lidah Dengan Hati: Sesungguhnya lidah orang mukmin itu di belakang hatinya. Apabila berkehendak ingin mengatakan sesuatu, nescaya difahaminya (lebih dahulu) menerusi hati kemudian baru dilakukannya dengan lidahnya. Ada pun lidah orang munafik pula berada di hadapan hatinya. Apabila ia bercita-cita terhadap sesuatu nescaya dilakukannya dengan lidah dan tidak difahami sama sekali dengan hatinya."(Diriwayatkan oleh al-Kharaithi dari Hasan al-Basri...
2-''Ada sebuah nasihat yang menganjurkan agar jangan berputus asa jika kakimu terantuk dan engkau terjatuh ke dalam lubang yang dalam. Kelak engkau akn keluar darinya dengan kekuatan dan daya tahan yang lebih kukuh. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar'' Amin...............
3- Apabila anda mula menyangka anda telah membuat satu pilihan yang salah dalam hidup anda dan terus menyangka kebahagian tidak akan anda kecapi kerana kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah anda tidak akan berasa bahagia" - Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
4-Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Manusia tidak sunyi daripada kesilapan
Secara ringkasnya..semua mutiara kata ni adalah sebahagian dari pengumpulan yang diterima dari kawan ym..sbnarnya banyak lagi yang ada dlm simpanan...tp xkn nk bg smua skali gus kan...kna step by step...melentur buluh biar dr rebungnya...bru kita dpat kemanisan iman itu sndiri...walaubagai mana pon..dengan cara ini lah kita dapat berkongsi segala apa yang ada selagi dapat memberikan manfaat bersama..mdh2an..amin..'alabarakatillah...
update 23.3.09 7:15AM
6:58:00 am |
Category:
Renungan Hati
|
0
comments


Comments (0)